Feb 11

Kursus Asas Joomla

kursus joomla

 

 Apa itu Joomla?

  • Sistem pengurusan kandungan No.1 dunia yang digunakan untuk membangunkan laman web Portal Kerajaan, Korporat dan Perniagaan.
  • Joomla! merupakan perisian ’Open Source‘ bermaksud PERCUMA dan BEBAS untuk melakukan perubahan.
  • Anda tidak perlu mempunyai pengetahuan seperti HTML, Coding atau yang lain kerana Joomla! sesuai digunakan oleh semua.
  • Joomla! mempunyai lebih dari 7000+ extension seperti Forum, eCommerce, Video dan berbagai lagi untuk digunakan.
  • Joomla! dikembangkan secara aktif oleh masyarakat antarabangsa dan lebih 20 million orang menggunakannya.
  • 60% Portal Kerajaan menggunakan sistem Joomla! di Malaysia.

Apa yang anda peroleh daripada Kursus Web Joomla ini?

  • Anda dapat membina laman web sendiri berasaskan Joomla! untuk kegunaan sendiri dan jimat beribu ringgit.
  • Anda boleh membina laman web perniagaan kepada rakan rakan anda dan peroleh pendapatan sampingan.
  • Menunjukkan secara teori dan DIY (do it yourself) atau praktikal pemasangan Joomla! sehingga menjadi sebuah laman web dan boleh dikemaskini sendiri tanpa perlu mengupah webmaster.
  • Menggalakkan organisasi menggunakan sumber terbuka yang terbaik untuk syarikat mereka agar dapat menjimatkan kos tetapi tidak menjejaskan kualitinya.

 Siapa patut hadir?

  • Kakitangan kerajaan dan swasta
  • Mereka yang ingin menjadi Joomla! Freelancer
  • Syarikat yang ingin menguruskan laman web sendiri
  • Mahasiswa dan pelajar yang berminat
  • Orang awam dan individu yang berminat

 Apa yang kami bekalkan?

1. Komputer bagi yang tiada notebook/laptop
2. Sijil Penyertaan
3. Makanan & Minuman
4. E-book nota kursus & perisian,modul,plugin tambahan
5. Support sampai pandai, boleh datang belajar kembali percuma

 

 Silibus Kursus

1 Pengenalan
2 Pemasangan (Installation)
3 Artikel
4 Menu
5 Pengguna (User)
6 Media
7 Global Configuration
8 Extension
9 Dan lain-lain

 

KURSUS 1 HARI ( 9.30 PAGI – 5.30 PETANG)
TARIKH KURSUS : 31 MAC 2012
TEMPAT KURSUS : ALOR SETAR (TEMPAT AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN)
YURAN KURSUS : RM 150.00

 

Nota:
* Tempat terhad kepada 6-10 orang sahaja.
* Deposit RM 50.00 untuk tempahan tempat dan baki dibayar pada hari kursus.

 

Sila hubungi:
Walkzone Digital Learning Centre
Emel: kursus@walkzone2u.com
Blog: http://www.walkzone2u.com
Phone: 012-4698621

Feb 12

Tips bagaimana untuk tidur lebih lena

Adakah anda seorang yang sukar untuk bangun pada waktu pagi? Rasa mengantuk pada waktu petang? Adakah fikiran anda sentiasa teringatkan tilam empuk, walaupun ketika anda sedang sibuk bekerja pada waktu siang?

Ini semua adalah senario biasa di kalangan kita sebenarnya. Bukan kerana kita malas, tetapi ramai antara kita kekurangan suatu aktiviti yang penting dalam hidup kita, iaitu TIDUR.

Malangnya, pada zaman kita semua berlumba-lumba mengejar kemakmuran dan terpaksa bekerja hingga lewat petang atau malam, kita mudah terjebak ke dalam gaya hidup yang tidak sihat.

Tahukah anda, banyak sekali hasil penyelidikan membuktikan bahawa tidur dan kesihatan itu adalah saling berkait rapat.

Dalam satu artikel yang saya pernah baca, iaitu hasil tulisan Lawrence Epstein, M.D., Pengarah Perubatan Serantau Sleep Health Centers di Boston, Massachusetts, dan bekas presiden American Academy of Sleep Medicine mengatakan bahawa, kebanyakan orang memerlukan 7 hingga 8 jam waktu tidur semalaman. Tidur ini diperlukan bukan semata-mata untuk menjaga kecantikan kulit dan menyerikan wajah, tetapi ia adalah untuk membantu mengekalkan kesihatan!

Jadi, berhati-hatilah jika anda seorang yang selalu tak cukup tidur. Kerana, kurangnya tidur, boleh menjadi punca beberapa masalah kesihatan. Berikut ini adalah beberapa kesan buruk daripada kurangnya tidur (mengikut satu hasil kajian) ;

  • menyebabkan peningkatan berat badan
  • menyebabkan tekanan darah tinggi
  • menyebabkan sistem imun kurang berkesan
  • menyebabkan badan jadi lemah dan lesu
  • menyebabkan muka jadi tak ceria dan pucat
  • menyebabkan pedih-pedih pada mata dan mata jadi merah
  • mudah tumbuh jerawat pada muka
  • menyebabkan otak berserabut dan tertekan
  • mudah pening kepala

Jadi, TIDUR itu sangat penting yer. Mak saya selalu pesan, “Jangan jadi macam musang yang  suka berjaga malam. Tak bagus untuk kesihatan.

Tapi, kalau jaga malam untuk buat qiamullail. Dipersilakan! Sangat-sangat digalakkan. Ada banyak kelebihan dan rahsia orang yang selalu buat qiamullail ni.

Apapun, dalam entri kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda bagaimanakah cara kita boleh mendapat tidur dan rehat secukupnya pada waktu malam.

Berikut adalah beberapa tips yang saya amalkan dan mungkin juga anda boleh amalkan untuk mendapatkantidur yang berkualiti.

  • Menetapkan rutin waktu tidur yang sesuai. Contohnya, tetapkan waktu tidur anda jam 11.30 malam. Pastikan apabila dah dekat jam 11.30 malam tu, baringlah atas tilam empuk anda. Golek-golek sikit, termenung sikit, berangan sikit, dan jangan lupe baca ayat Quran yang dianjurkan seperti ayat kursi, 3 Qul dan doa tidur.Janganlah pulak, dah dekat kul 11 malam, baru nak terhegeh-hegeh pasang DVD movie kegemaran anda. Nanti syok layan movie, terlajak pulak masa untuk anda tidur. Patut tidur pukul 11.30 malam, tapi disebabkan layan movie, tidur la pukul 1 pagi. Kan dah tak cukup tidur dah jadinya tu nanti.
  • Padamkan semua lampu. Tidur dalam gelap. Sesetengah orang ada juga yang tak boleh tidur dalam keadaan yang terlalu gelap. Apa2pun, ejas la ikut kesesuaian anda. Kalau saya, memang suka tidur dalam keadaan yang gelap gelita.
  • Tutup semua peralatan yang menyebabkan bunyi bising, contohnya radio ker, TV ker dan lain-lain.
  • 5 minit sebelum tidur, sembur sedikit air freshner dalam bilik tidur supaya udara menjadi lebih segar dan harum gitu.

Sekian, itulah beberapa tips yang saya amalkan dalam memastikan tidur saya lena dan mendapat rehat yang mencukupi.

Feb 10

Tips Membuat ‘Presentation’ Yang Hebat

WalkZone Digital

Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai tips bagaimana untuk membuat presentation yang hebat! Tips ini sebenarnya bukannya ditulis oleh saya. Tapi disebabkan saya rasakan tips ni memang bagus dan amat berguna kepada mereka yang selalu kena buat presentation, maka saya kongsikanlah dengan anda.

Bacalah tips bagaimana membuat presentation yang hebat yang ditulis oleh Dr Irfan Khairi ini.

Dalam perniagaan, ada kalanya kita perlu melakukan presentation. Tak kira, presentation proposal, atau melakukan sedikit “talk” atau ceramah, mendapatkan sponsor, atau apa sahaja. Skil presentation adalah penting dalam perniagaan.

Lihat sahaja Donald Trump, Bill Gates, Anita Roddick, Steve Jobs, Oprah Winfrey… semua ikon perniagaan yang turut hebat dalam skill komunikasi & presentation… mungkin juga sebaliknya, mereka hebat dalam skil presentation dan akibatnya perniagaan menjadi hebat.

Skil komunikasi/presentation adalah penting dalam mengembangkan lagi perniagaan kita. Berikut adalah beberapa tips:

 ***Start with a BANG!

Mula dengan sesuatu yang mengejutkan… atau membuat pendengar anda teruja. tak semestinya mula dengan lawak. Sekiranya anda bukan jenis yang suka melawak, tak perlu pun takpe. Tetapi, mulakan sesuatu yang boleh menarik perhatian pendengar anda. Sekiranya anda membuat presentation untuk mendapatkan derma bagi mereka yang kurang bernasib baik, apa kata mulakan dengan slides gambar-gambar orang2 yang kurang bernasib baik dalam keadaan yang menyedihkan.

Kemudian tanya… “Bayangkan ibu bapa dan adik beradik anda dalam keadaan ini…”. Pastinya dapat menangkap perhatian audience pada minit yang pertama.

***Keep it short

Ini kesilapan yang selalu saya lihat bagi mereka yang masih lagi
baru dalam bidang membuat presentation. Terlalu banyak yang ingin disampaikan. Contoh, masa yang diberikan 10 minit, dalam masa itu, 20 point ingin disampaikan. Ataupun, sering kali juga, membuat presentation dan memakan masa yang lama. Saya pasti anda sendiri pernah mengalami ini, duduk di dewan dan mendengar presentation yang lama (dan agak membosankan) kerana speaker tersebut hendak menyampaikan seluruh mesej!

Keep it short. Bagi anda yang pernah melihat saya melakukan talk pendek atau jadi tetamu jemputan membuat talk, pastinya perasan sering kali saya hanya cakap untuk 10-15 minit sahaja. Ada kalanya saya bercakap 5 minit sahaja dan hanya menyampaikan 2-3 point penting. Make your audience want more dari pada mengharapkan anda cepat habis bercakap! Keeping it short bererti anda tidak menyampaikan terlalu banyak point serta tidak memakan masa yang lama.

 ***Relate with them

Manusia mempunyai tarikan emosi. Manusia akan tertarik dengan manusia yang “lebih kurang” sepertinya. Tentukan audience anda dan cuba dapatkan sesuatu yang boleh anda kaitkan dengan audien.
Contoh, sekiranya anda bercakap dihadapan golongan koporat,
pastikan pakaian anda juga seperti koprat dan beri contoh
pengalaman berkaitan dengan industri koprat. Sekiranya anda
bercakap dengan golongan suri rumah, masukkan elemen-elemen menjaga anak dan mengendalikan rumah dalam talk anda.

Dengan mempunyai persamaan dengan mereka yang anda bercakap, hubungan antara anda dan audience menjadi semakin rapat dan mereka dapat menerima anda dengan lebih mudah.

Survey ada mengatakan, public speaking adalah #1 perkara paling menakutkan untuk orang ramai.

Sumber oleh : Dr Irfan Khairi

Feb 09

Rahsia Kejayaan

Walkzone Digital

Banyak yang diperkatakan tentang kejayaan dan cara memilikinya, namun kita lupa tentang dasarnya atau natijahnya kenapa sesuatu kejayaan itu harus dicapai. Memandangkan zaman semakin maju, persaingan semakin sengit maka mengecapi kejayaan itu adalah sesuatu yang mutlak yang harus dan patut anda mencapainya. Malah kehidupan ini akan lebih indah dan manis jika turut disusuli dengan kejayaan demi kejayaan sebagai motivasi serta alasan untuk terus hidup.

Read the rest of this entry »

Feb 08

Sejarah Ringkas Joomla!

Walkzone Digital

Joomla! bermula apabila terjadinya pembangunan perisian daripada versi Mambo diantara Miro Corporation dari Australia, pemegang hak cipta Mambo pada masa itu, dan kesemua ahli pemaju pusat. Kedua-dua kumpulan berpisah pada 17 Ogos 2005. Miro Corporation menubuhkan sebuah yayasan dengan tujuan untuk menaja projek itu dan melindunginya daripada tindakan undang-undang. Pasukan pembangunan mendakwa bahawa banyak struktur yayasan berkenaan melanggari perjanjian yang dibuat oleh Jawatankuasa Mambo yang dilantik. Mereka juga mendakwa kurangnya perbincangan dengan pemegang saham utama dan melanggari nilai-nilai asas Sumber Terbuka.

Read the rest of this entry »

Feb 07

Apa itu Joomla!

 

Walkzone DigitalPernahkah anda mendengar nama Joomla?

Dan ditulis sebagai Joomla! (perhatikan betul-betul… ada tanda seruan di hujungnya. Tanda tersebut juga adalah sebahagian daripada ‘trademark’nya)

Joomla! ialah sebuah aplikasi sistem yang dikategorikan sebagai CMS. Apa itu CMS?
Read the rest of this entry »

Feb 06

Panduan Cara Makan Ikut Sunnah Nabi Muhammad SAW

Nabi  Muhammad SAW pernah bersabda ; “Barang siapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepada ku, maka akan masuk syurga bersamaku.”

Kawan-kawan, sebenarnya banyak sekali kebaikan dan kelebihan jika kita mengamalkan sunnah. Ulamak kata, pada setiap amalan sunnah itu ada keberkatan. Siapa amal sunnah, dia akan mendapat 2 keuntungan.
Apa keuntungan itu?
Read the rest of this entry »

Feb 05

Maulidur Rasul 1433H (2012)

 

Selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W.

Sayangilah Baginda Rasulullah…
Cintailah Baginda Rasulullah…
Kerana
Rasulullah tersangat sayangkan umatnya…
Sayang Rasulullah kepada kita hinggalah tibanya hari kiamat…
Semoga…
Kita semua beroleh syafaat Rasulullah SAW..

Sollu ‘ala Nabi…

Siapakah yang lebih layak diagungkan & dirindu selain Kekasih Allah; Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. Moga satu masa nanti, kita akan bertemu dengan Baginda s.a.w & Rasulullah s.a.w akan senyum apabila melihat kita, ummatnya yang tidak pernah berhenti merindui & berusaha meneladaninya. InsyaAllah. Amin.

Lagu : Wahai Kekasih – Nazrey Johani
Tema Maulidur Rasul 1433 H 2012 : Persefahaman Asas Perpaduan Ummah

Jan 23

Selamat Menyambut Tahun Baru Cina

Selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua terutamanya semua warga Malaysia yang merayakannya tak lupa juga kepada seluruh warga pendidik, rakan Facebook, para blogger dan kepada pemimpin-pemimpin negara. Semoga perayaan ini dapat menambah dan meningkatkan perpaduan, ke harmonian, hidup dalam konsep kekitaan demi mencapai hasrat 1Malaysia. 1 Malaysia bermakna semua bangsa bersatu dan memeriahkan lagi perayaan pada tahun Naga ini.

Tahun 2012 merupakan tahun Naga dan menurut Feng Shui, tahun Naga sangat Ong bagi mereka. Kerana tahun Naga menurut kepercayaan merupakan lambang untuk mengecapi kejayaan dan kebahagiaan. Tahun ni merupakan tahun Naga Air dimana dalam zodiak Cina ianya merupakan haiwan ke lima daripada 12 haiwan yang lain. Menurut kepercayaan kaum Cina siapa yang lahir tahun Naga ni memang ong lah… dimurahkan rezeki, mendapat kesihatan yang stabil dan bagi yang dah berkahwin memang sesuai untuk buat anak.

Itu kepercayaan mereka, Jadi kita sebagai masyarakat 1 Malaysia haruslah menghormati setiap budaya, agama dan bangsa setiap masyarakat majmuk di Malaysia ni. Barulah negara kita aman damai dan harmoni. Bak kata PM kita Marilah kita meneruskan tradisi terbaik warga Malaysia dengan berkongsi sambutan dengan semua kaum. Bukalah pintu-pintu kediaman kita kepada semua rakyat Malaysia. Runtuhkanlah tembok-tembok pemisah dan pagar-pagar penghalang dan binalah jambatan penghubung antara hati-hati kita. Dipetik dari http://www.1malaysia.com.my/speeches/perutusan-sambutan-tahun-baru-cina-2012/

Apa-apa pun dikesempatan ini kami WalkZone Digital mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan diharap dapat mengeratkan lagi hubungan persahabatan diantara rakyat pelbagai kaum. Semoga tahun ini bakal membawa sinar kesejahteraan dalam hidup setiap insan. Gong Xi Fa Cai..

Jan 09

Membuat Border Gambar Dalam Photoshop

Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk membuat border gambar dalam Photoshop. Untuk tutorial ini, saya akan gunakan teknik stroke.


Gambar asal.

1) Masukkan / Salin gambar di atas ke dalam Adobe Photoshop

2) Pilih keseluruhan kawasan gambar dengan menekan (Ctrl + A)

3) Pilih menu Edit -> Stroke


Gambarajah: Stroke

4) Masukkan nilai lebar (width). Semakin tinggi nilai, semakin tebal border anda. Pilih warna border jika perlu.

5) Klik OK

Walkzone Digital
Hasil

Page 1 of 212